suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek kelar 2 beradik positif ganja

Noor Hasyelawati Yusoff, 37, (kanan) bersama suami Idris Saad, 47, (kiri) yang merindui kedua anaknya, Nurul Hanim Idris dan Mohammad Hafiz mencium pakaian yang sering dipakai dua anaknya itu di rumahnya di Kampung Tengah Kuala Sungai Yan, Khamis.
YAN: Suspek kes kelar dua beradik di Kampung Tengah, Kuala Sungai Yan di sini didapati positif dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek yang masih ditahan reman didapati positif dadah jenis ganja.

Katanya, pihaknya masih masih melakukan siasatan ke atas suspek dan pihaknya meminta tiada sebarang spekulasi berkaitan motif pembunuhan dilakukan.

Pada Selasa malam, suspek yang berusia 49 tahun bertindak mengelar dua beradik, Nurul Hanim, 5 dan Muhamad Hafiz yang baru berusia setahun di kediaman mereka.

Difahamakan sebelum kejadian berlaku pertengkaran antara suspek dengan bapa kedua-dua mangsa berkenaan.-SinarHarian

Mior Farid, Yan

Artikel Lain