suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita ditemui mati dengan tangan berikat

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dalam keadaan separuh bogel, tangan diikat dan mulut disumbat kain di sebuah rumah di Jalan Reko, Kajang dekat sini Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohd Sabri Abdullah berkata mayat wanita berusia lingkungan 30-an itu ditemui oleh majikannya yang datang ke rumah mangsa selepas dia tidak hadir bekerja selama tiga hari.

“Penemuan mayat itu dilaporkan oleh majikannya pada 6.24 petang Ahad,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, wanita itu bekerja di sebuah kedai perabot dan dilihat kali terakhir pada malam Khamis.

Mayat dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya yang turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil menghubungi pegawai penyiasat ASP Ismail Ahmad menerusi talian 019-2306107 untuk membantu siasatan. - BERNAMA

mayat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut