suria

Hujung minggu yang panjang pada 2019

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Kalender 2018 bakal melabuhkan tirai, nampaknya ramai yang mula merancang percutian dalam tempoh setahun yang akan datang.

Bagaimanapun, terdapat kemungkinan untuk menikmati tiga cuti hujung minggu yang panjang, sekiranya mengambil cuti beberapa kali, termasuk pada permulaan tahun 2019 (Selasa, 1 Januari).

Selain itu, hujung minggu yang panjang juga boleh dirasai sempena Tahun Baharu Cina (Selasa dan Rabu, 5 dan 6 Februari), Hari Raya Puasa (Rabu dan Khamis, 5 dan 6 Jun).

Apa yang perlu dilakukan adalah mengambil cuti tambahan sehari sebelum atau selepas hari peristiwa atau perayaan tersebut.

Pada 2018, terdapat lima cuti hujung minggu yang panjang, termasuk Hari Tahun Baharu (1 Januari), Tahun Baharu Cina (16 Februari), Hari Raya Puasa (15 Jun), Hari Kebangsaan (31 Ogos) dan Hari Malaysia (16 September).

Kesemua cuti berkenaan sama ada jatuh pada Jumaat, Ahad atau Isnin. - The Star

hujung minggu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain