suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia, Singapura seperti kembar - Tun M

Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hubungan antara Malaysia dan Singapura seperti kembar.

"Malaysia dan Singapura adalah seperti saudara kembar, mungkin kembar yang tua sedikit adalah lebih besar daripada adiknya.

Seperti kebanyakan negara, perbezaan dan persaingan akan berlaku di antara kita. Bagaimanapun, ia akan membantu kami berkembang dengan lebih pesat, "katanya menerusi catatan dalam laman Facebook beliau pada Khamis.

Dr Mahathir juga merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong kerana menyambut beliau pada Sidang Kemuncak ASEAN bulan lepas.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan dalam satu kenyataan hari ini mendakwa bahawa Kapal-kapal Kerajaan Malaysia secara berterusan telah menceroboh Perairan Wilayah Singapura di luar Tuas dengan pencerobohan sebanyak 14 kali setakat ini.

Beliau juga berkata Singapura telah memutuskan untuk memperluaskan Had Pelabuhan Singapura di Tuas melalui Pemberitahuan Maritim dan Penguasa Pelabuhan Singapura (Had Pelabuhan) (Pindaan) 2018. - Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain