suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

100 ahli Amanah keluar parti buat pusingan U

Jalalludin bersama ahlinya menyertai parti Amanah semula setelah mengumumkan keluar parti itu di Kampung Paya Rumput Jaya Hilir.

MELAKA TENGAH: Lebih 100 ahli Amanah Cawangan Kampung Paya Rumput Hilir membuat pusingan U selepas mengumumkan keluar parti, Ahad lalu.

Pengerusinya, Jalalludin Mulot berkata, keputusan itu dibuat tanpa desakan mana-mana pihak, sebaliknya masalah dalaman yang menjadi punca krisis itu telah pun diselesaikan secara baik bersama Pengerusi Amanah negeri, Adly Zahari yang juga Ketua Menteri.

"Selepas ini kini akan lebih fokus untuk melaksanakan perjuangan parti dan saya bersama ahli cawangan ini juga mengumumkan akan terus kekal dalam parti ini.

"Untuk itu kita akan teruskan perjuangan bersama Amanah negeri, apa sahaja masalah yang berlaku kita akan sentiasa menyokong parti, dan bersama dengan parti," katanya.

Jalalludin berkata demikian dalam satu sidang media di rumahnya di Kampung Paya Rumput Jaya Hilir di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Setiausaha Parti Amanah negeri, Yuhaizad Abdullah.

Jelasnya, tindakan beliau bersama ahli-ahlinya yang keluar parti kelmarin disebabkan salah faham.

Sinar Harian sebelum ini menyiarkan, gara-gara rasa diperbodohkan oleh parti sendiri, lebih 100 ahli Parti Amanah Cawangan Kampung Paya Rumput Jaya Hilir, di sini, mengisytiharkan untuk keluar daripada parti itu. - Sinar Harian.

Amanah, Jalalludin Mulot, Adly Zahari

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain