suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seri Perdana kini dibuka kepada umum

INGIN melihat tempat tinggal perdana menteri? Kini anda berpeluang menjejakkan kaki ke rumah agam itu.

Kediaman rasmi perdana menteri, iaitu Seri Perdana, kini dibuka kepada orang awam enam hari seminggu.

Menurut laman web rasmi Seri Perdana, bangunan di Putrajaya itu adalah milik rakyat, oleh itu ia boleh dikunjungi orang ramai.

Pengunjung boleh melakukan lawatan beserta pemandu pelancong ke kediaman tersebut termasuk akses ke blok Protokol dan Jamuan.

Lawatan berkenaan diadakan dari Isnin hingga Khamis kecuali cuti umum atau ketika majlis rasmi.

Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh lawatan.

Pelawat dikehendaki berpakaian dengan sopan dan membawa dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan atau pasport.

Mereka juga dilarang merakam gambar ketika berada di dalam bangunan itu.

Seri Perdana disempurnakan pada 1997 dan mempunyai gabungan idea reka bentuk Melayu, Islam dan Eropah.




Artikel Lain