suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ancaman bom: 117 pesakit dipindahkan dari hospital swasta di Seremban

Kakitangan dan pesakit berkumpul di luar perkarangan hospital.

SEREMBAN: Ratusan pesakit di sebuah hospital swasta dekat sini terpaksa dipindahkan susulan ancaman bom.

Pemindahan itu melibatkan pesakit yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata seramai 117 pesakit termasuk lima di ICU selain 169 kakitangan diarahkan untuk mengosongkan bangunan hospital selepas menerima panggilan ancaman bom kira-kira pukul 5.05 petang Selasa.

"Kami menghantar satu pasukan ke hospital tersebut selepas dimaklumkan mengenai ancaman bom.

"Kami sedang menunggu arahan lanjut daripada pihak polis," katanya.

hospital, bom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain