suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tempoh perkhidmatan anggota SPR dipendekkan

PUTRAJAYA: Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk K.Bala Singam memutuskan untuk memendekkan tempoh perkhidmatannya berkuatkuasa pada 1 Januari tahun depan, kata Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata ia adalah selaras dengan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan mengenai Keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sehubungan itu, Azhar berkata surat bagi memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tujuan pemendekkan perkhidmatan itu telah dikemukakan kepada pihak Istana Negara pada hari ini.

Pada 18 Oktober lepas, SPR memutuskan untuk memendekkan tempoh perkhidmatan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Othman Mahmood dan empat anggota SPR berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.

Kempat-empat anggota SPR itu ialah Datuk Md Yusop Mansur, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi dan Datuk Leo Chong Cheong. - BERNAMA

SPR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain