Peristiwa Tun M vs Anwar berulang? - Semasa | mStar

Peristiwa Tun M vs Anwar berulang?

Paparan skrin catatan di Facebook Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

SHAH ALAM: Peristiwa pada 1998-1999 antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (ketika itu) mungkin akan berulang sekali lagi pada 2018-2019.

Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menerusi catatan di Facebooknya berkata, krisis ekonomi dan politik pada 1998-1999, dijangkakan akan berulang pada 2018-2019.

Menurutnya, apa yang akan berlaku itu akan melibatkan pelakon yang sama iaitu Mahathir vs Anwar.

“Pergeseran akan memuncak, Tun M kesuntukan masa kerana dia baru dapat Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed) seorang menyertai Bersatu.

“Dia (Tun M) tahu Anwar sudah menggerakkan buah caturnya lebih awal ke hadapan,” katanya.

Sekitar 20 tahun lalu, iaitu 2 September 1998 Anwar dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika kerajaan dibawah teraju Dr Mahathir.

Dalam catatan sama di Facebooknya, Mohd Puad berkata, tidak lama lagi bajet PH akan dibentangkan.

“Apa agaknya kelentong mereka kali ini. Kerajaan PH menghadapi masalah kewangan berat setelah silap menggantikan GST kepada SST termasuk tax holiday (pelepasan cukai) selama tiga bulan.

“Kita tunggu apa cukai baru yang akan dibebankan kepada rakyat?,” katanya.

Mohd Puad berkata, kenapa kelentong? semasa membentangkan laporan separuh penggal RMK11 (2016-2021), Tun M langsung tidak menyentuh tentang janji 100 hari yang gagal ditunaikan.

“Sepatutnya Tun M mengemukakan tawaran baru bagaimana janji itu dapat dilaksanakan semula.

“Tetapi Tun M membiarkan janji itu berlalu begitu sahaja. Mereka melepaskan tengkuk dengan berbagai alasan. Tetapi mampukah Tun M terus berbohong.

“Tahun hadapan seperti diramalkan recession (kemelesetan ekonomi) akan berlaku. Harga barang akan terus meningkat,” katanya.- Sinar Harian.

Artikel Berikut

Silap siapa Umno diharamkan?

Artikel Berkaitan

Hadi setuju dengan Tun M

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini