suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar bertembung dengan Saiful, calon PAS di pusat mengundi

PORT DICKSON: Tiga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson bertembung di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Telok Kemang di sini, Sabtu.

Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berjabat tangan dengan calon PAS, Lt-Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar pada kira-kira pukul 11.05 pagi.

Calon bebas, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga bekas pembantu Anwar, turut hadir di sekolah itu tetapi berjumpa dan bersalaman dengan para pengundi secara berasingan.

PRK Port Dickson menyaksikan pertembungan tujuh penjuru antara calon PH, Anwar, Mohd Nazari (PAS), Mohd Saiful dan empat lagi calon bebas, Tan Sri Isa Samad, Kan Chee Yuen, Stevie Chan dan Lau Seck Yan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain