suria

Tragedi berebut tonton TV, adik maut ditikam abang

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Perbalahan antara dua adik beradik yang ingin berebut menonton siaran televisyen berakhir dengan tragedi apabila salah seorang ditikam dan meninggal dunia pada pagi Sabtu.

Difahamkan, mangsa berusia 48 tahun menonton televisyen di kediaman di Taman Seri Murni, Selayang ketika dia bergaduh dengan abangnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, pergaduhan tersebut dipercayai berlaku antara pukul 4.30 hingga 5.00 pagi.

"Kami telah menahan abang mangsa berusia 56 tahun yang juga mengalami kecederaan di kepala dan tangan.

"Kami turut merampas parang dan gunting yang digunakan dalam pergaduhan itu," katanya ketika dihubungi The Star.

Tambah Rusdi, suspek dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

"Dia akan direman pada Ahad," kata beliau.

maut

Artikel Sebelum

Artikel Lain