suria

Anak lelaki pemimpin Umno bebas selepas beri keterangan

PUTRAJAYA: Anak lelaki seorang ahli Majlis Tertinggi Umno yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tengah hari semalam dibebaskan setelah selesai memberi keterangan.

Sumber SPRM berkata, lelaki berusia 24 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan tetap dibebaskan kira-kira jam 2 pagi Ahad.

Lelaki itu ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit.

Media melaporkan bahawa pemuda itu dipercayai menjadi proksi dan ‘runner’ dalam urusan pemindahan wang rasuah membabitkan sebuah syarikat kontraktor .

Lelaki itu adalah individu kelima ditahan SPRM sejak 26 September lepas bagi membantu siasatan kes sama.- Bernama
SPRM, Umno

Artikel Lain