suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis serbu rumah ibu Najib

KUALA LUMPUR: Polis menyerbu kediaman ibu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Rahah Mohammad Noah di Jalan Eaton, di sini petang Khamis.

Difahamkan serbuan itu dilakukan kira-kira pukul 4 petang oleh 14 anggota, pada waktu yang sama Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Bagaimanapun tiada barangan sebarang dokumen diambil dari kediaman tersebut.

Polis turut memeriksa di sebalik siling rumah untuk melihat jika ada wang tunai yang disembunyikan.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, tindakan itu kejam untuk menakutkan wanita itu.

"Ya kejam dan tak jumpa apa-apa pun di rumahnya," katanya.

Terdahulu, Najib mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan rasuah dan 21 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan sejumlah RM2.28 bilion.

Sebelum ini beliau turut dihadapkan dengan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa, berhubung RM42 juta yang ditemui dalam akaun peribadinya daripada bekas subsidiari 1MDB, SRC International.

Sarawak Report sebelum ini melaporkan Najib membayar RM17 juta kepada Yayasan Rahah Foundation yang diasaskan ibunya dengan wang yang didakwa daripada 1MDB. - Sinar Harian

Najib Tun Razak, Tun Rahah

Artikel Sebelum

Tok Pa mengaku dipanggil polis

Artikel Berikut

Artikel Lain