suria

"Saya bukan pencuri" - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan 25 pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram pada Khamis sekali lagi menegaskan beliau bukan pencuri.

"Seperti yang kita ketahui, isu RM2.6 bilion itu digunakan secara tidak sengaja untuk mengkritik dan mencemarkan nama saya selama ini.

"Semua dakwaan hari ini akan memberi peluang kepada saya untuk membersihkan nama saya bahawa saya bukan pencuri.

"Saya harap perjalanan saya di mahkamah akan membuktikan kebenaran sekali gus melenyapkan isu RM2.6 bilion," katanya kepada pemberita sebelum meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Ditanya sama ada beliau yakin memenangi kes itu, Najib berkata beliau berharap perbicaraan itu akan membuktikan kedaulatan undang-undang wujud di Malaysia.

"Saya tidak mahu membuat apa-apa kenyataan yang boleh disifatkan sebagai sub judice, tetapi bagi saya dan pasukan peguam saya, Insya-Allah, kami mempunyai fakta di pihak kami.

"Saya berharap bahawa keputusan (akhirnya) akan menunjukkan bahawa peraturan undang-undang memang ada di negara ini," katanya.

Menyentuh dakwaan wujud penganiayaan terhadapnya yang ditahan di lokap SPRM, Najib berkata beliau tidak ditempatkan di lokap sebagaimana didakwa.

"Saya tidak diletakkan di lokap tetapi berada di dalam bangunan SPRM," katanya.

Najib Tun Razak, 1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain