suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Annuar Musa dakwa Tok Pa antara pemimpin Umno disiasat polis

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa mendakwa bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed antara beberapa pemimpin Umno Kelantan yang dipercayai disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Ketua Penerangan Umno itu, mereka disoal siasat mengenai beberapa dana yang diterima dari pihak tertentu.

"Pemimpin Umno Kelantan termasuk Tok Pa (Mustapa) disoal dan disiasat selama beberapa hari berhubung dana yang diterima dari pihak tertentu.

"Tok Pa menerima sejumlah besar dana dan disoal siasat PDRM," katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno dekat sini, Khamis.

Annuar diminta mengesahkan khabar angin bahawa Ahli Parlimen Jeli itu meninggalkan Umno selepas disiasat pihak berkuasa.

"Itu (siasatan), saya boleh sahkan.

"Terdapat ramai individu lain yang turut disoal siasat, tetapi mereka tidak pernah meninggalkan parti," katanya.

Annuar Musa, Tok Pa

Artikel Sebelum

Guan Eng hati tisu - Asyraf Wajdi

Artikel Berikut

Artikel Lain