suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Othman Omar dilantik Pengarah Besar Felda

Othman Omar.

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada Khamis melantik Datuk Dr Othman Omar sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa 1 Oktober 2018.

Pengerusi Felda Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata Othman akan menggantikan Datuk Ab Ghani Mohd Ali yang akan bersara selepas berkhidmat dengan agensi kerajaan tersebut selama 37 tahun.

“Dr Othman mempunyai pengalaman yang luas bukan hanya dalam sektor korporat, tetapi juga bersama agensi kerajaan semasa di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor,” katanya dalam sidang media khas, Khamis.

Megat Zaharuddin berkata, setelah terlibat dalam beberapa projek penjenamaan semula, pembangunan usahawan, transformasi dan penstrukturan, ahli lembaga berpendapat Othman memiliki kemahiran dan kebolehan untuk menerajui kumpulan Felda dalam mengatasi cabaran semasa.

Beliau juga mampu membangunkan organisasi dan warga Felda ke arah visi Felda iaitu menjadi pemacu pembangunan penempatan negara yang progresif, katanya. - BERNAMA

Felda, Othman Omar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain