suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Koperal polis direman kes curi kambing

SEREMBAN: Seorang anggota polis berpangkat koperal direman selama enam hari bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima rasuah bagi melindungi pengadu disyaki terbabit kegiatan mencuri kambing.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Mas Azmimin Ahmad di Mahkamah Seremban di sini, selepas membenarkan permohonan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan Riduan Kadri.

Menurut SPRM, anggota polis berusia 32 tahun itu yang bertugas di Pondok Polis Sungai Kelamah, Gemas didakwa meminta dan menerima rasuah daripada pengadu yang merupakan penternak kambing supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pengadu yang dikatakan bersubahat dalam kegiatan mencuri kambing.

Susulan itu, SPRM membuat serbuan di  pekan Gemencheh semalam dan menjumpai RM3,000 yang didakwa wang sogokan berkenaan dan menahan anggota polis itu.

-- Bernama
koperal, kambing, SPRM

Artikel Lain