suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tempoh reman Hasanah dilanjut sehingga esok

PUTRAJAYA: Tempoh reman bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid dilanjutkan sehari lagi bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret Intan Syafinaz Ros'lin melanjutkan tempoh reman berkenaan sehingga 5 petang Isnin selepas membenarkan permohonan SPRM.

Hasanah yang ditahan SPRM pada Selasa lepas telah direman selama lima hari bermula Rabu lepas bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding reman itu, peguam Datuk Shaharudin Ali yang mewakili Hasanah berkata, SPRM pada mulanya memohon tempoh reman anak guamnya itu dilanjutkan tujuh hari lagi tetapi majistret hanya membenarkan dilanjutkan satu hari sahaja bermula hari ini sehingga 5 petang Isnin.

Terdahulu, ketibaan Hasanah di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 9.55 pagi disambut beberapa wanita dipercayai anggota keluarganya yang memeluk dan menciumnya.

Selain Hasanah, turut direman sebelum ini ialah enam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan seorang timbalan pengarah bergelar Datuk yang bertugas di MEIO atau Jabatan Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri.

Ketujuh-tujuh mereka yang direman lima hari dari Selasa dibebaskan semalam dengan jaminan SPRM.

Sehingga kini sembilan orang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Penahanan terakhir ialah seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun berstatus penduduk tetap United Kingdom yang ditahan di Kelantan Rabu lepas.

Ahli pernigaan berkenaan kini direman tujuh hari mulai Khamis lepas.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki Azam dilaporkan berkata SPRM percaya wang milik kerajaan berjumlah US$12 juta telah diselewengkan pihak tertentu. - BERNAMA

Hasanah, SPRM

Artikel Lain