suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10,000 sertai #AnakAnakMalaysia Walk

SHAH ALAM: Tahun ini #AnakAnakMalaysia Walk mendapat sambutan menggalakkan dengan seramai 10,000 peserta memeriahkan acara yang berlangsung di Eco Ardence, Setia Alam dekat sini, Ahad.

Berjalan kaki sambil memakai baju-T dan gelang #AnakAnakMalaysia, peserta berkumpul seawal pukul 5.30 pagi dan melakukan sesi pemanas badan bersama dengan pengajar kecergasan dari gim i-1.

Pada pukul 7.35 pagi, acara itu dilepaskan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sivarasa Rasiah bersama-sama dengan Pengerusi Kumpulan Eco World Development, Tan Sri Liew Kee Sin.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur #AnakAnakMalaysia Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Kumpulan Star Media Bhd Datuk Fu Ah Kiow dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media Bhd, Datuk Seri Wing Chun Wai.

#AnakAnakMalaysia Walk merupakan kerjasama antara syarikat hartanah terkemuka Kumpulan Eco World Development Bhd dan Kumpulan Star Media Bhd.

Penaja lain untuk acara itu termasuk Panasonic (penaja perak) dan DRB-Hicom (penaja kenderaan).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain