Cabaran Kecergasan Fit n Fly kini di setiap negeri, tawar hadiah menarik - Semasa | mStar

Cabaran Kecergasan Fit n Fly kini di setiap negeri, tawar hadiah menarik

Sebahagian jurulatih kecergasan yang menjadi pengajar dalam program Cabaran Kecergasan Fit n Fly Seluruh Malaysia bermula 1 Oktober ini.

PETALING JAYA: Kejayaan program Fit n Fly sejak dianjurkan sejak dua tahun lalu membuktikan rakyat Malaysia memilih untuk menjalani gaya hidup sihat dan memiliki bentuk badan yang diidamkan.

Berikutan permintaan positif di luar Lembah Klang, Fitness Factory mengambil langkah untuk melebarkan program ini ke seluruh negeri.

Pengarah Program Intan Yusnizar Yusoff memberitahu, Cabaran Kecergasan Seluruh Malaysia akan membuka tirainya pada 28 Oktober ini.

“Program akan dianjurkan selama enam minggu dan berlangsung seminggu dua kali iaitu pada hujung minggu sehingga 12 Disember ini.

“Sambutan memberangsangkan di kawasan Lembah Klang pada program pertama dan kedua sejak mula dianjurkan pada 2016 memberi inspirasi kepada kami untuk membuka peluang kepada seluruh rakyat di Malaysia.

“Program ini bukan hanya untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan cara sihat, sebaliknya ia juga terbuka kepada peserta yang ingin menjaga kesihatan harian mereka.

“Kami bukan sahaja berkongsi tip-tip latihan, tetapi turut memberi jadual pemakanan yang betul,” ujarnya kepada mStar Online.

Intan Yusnizar

Menurut Intan, setiap negeri akan disediakan seorang jurulatih kecergasan yang berpengalaman serta bertauliah.

“Mereka adalah pengajar yang berpengalaman luas dalam kecergasan dan kesihatan serta sudah menjadi tanggungjawab untuk memastikan setiap peserta mencapai sasaran yang diinginkan.

“Kami juga menyasarkan setiap jurulatih akan mempunyai 15 peserta di setiap negeri.

“Kami juga ingin berkongsi dengan semua peserta bahawa hadiah istimewa akan diberikan kepada tiga individu terbaik yang berjaya menurunkan berat badan.

“Jika edisi permulaan sebelum ini kami hanya memberi dua tiket penerbangan ke mana-mana negara Asean, tetapi kali ini penganjur memberi tiket bersama duit poket,” jelas Intan.

Fitness Factory turut menyediakan studio yang selesa untuk aktiviti zumba dan lain-lain aktiviti.

Tambah Intan, dengan yuran hanya RM280 seorang, ia dianggap berbaloi untuk tempoh enam minggu.

“Bagi mereka yang mementingkan kesihatan atau gaya hidup sihat, nilai itu memang wajar kerana bukan sahaja akan sihat, cantik tetapi dapat pulak terbang bercuti ke Bali, Phuket atau Krabi bersama wang saku,” katanya.



Sebagai rekod, Fitness Factory antara gimnasium yang menyediakan pelbagai kemudahan senaman kecergasan termasuk studio untuk aktiviti zumba.

Gimnasium yang terletak di 71B Jalan Petaling Utama 7 itu turut menyediakan kelas zumba, kick boxing, muay thai dan sebagainya.

Peserta yang berminat menyertai program Cabaran Kecergasan Fit n Fly Seluruh Malaysia boleh mendaftar terus di laman Facebook dan Instagram FitnessFactoryPJ. 

Fit n Fly

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

SST: Kalau rakyat tahu awal...

Artikel Lain