suria

Kad prabayar: Pengguna dijamin dapat nilai penuh

KOTA KINABALU: Kementerian Kewangan memberi jaminan bahawa akaun telefon bimbit prabayar akan menerima nilai penuh yang dibayar apabila mereka membeli tambah nilai.

Menterinya, Lim Guan Eng membidas dakwaan yang tersebar di media sosial bahawa nilai tambah tidak dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Guan Eng juga mengkritik mereka termasuk pembangkang kerana mempolitikkan isu tersebut.

"Jika terdapat parti-parti pembangkang menggunakan isu ini sebagai bahan politik, beritahu mereka bahawa pembeli kad prabayar yang membeli baucar RM10 akan mendapat nilai kredit RM10.

"Tidak akan ada sebarang potongan. Ia lebih mudah untuk syarikat telekomunikasi tidak dikenakan caj SST, sebaliknta memberikan rebat," katanya, sambil mengakui kebanyakan pengguna prabayar dari kawasan pedalaman.

Dalam ucapannya semasa taklimat SST di Hilton Hotel di sini Ahad, Guan Eng mengulangi bahawa "tidak ada masalah" dan beliau akan mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi minggu depan untuk menyelesaikan perkara itu.

SST, prabayar

Artikel Lain