suria

Tiga kawasan Parlimen disenarai pendek untuk Anwar, juga Pekan jika dikosongkan

Anwar Ibrahim.

BUTTERWORTH: Sekurang-kurangnya tiga kawasan parlimen disenarai pendek buat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding bagi membolehkan beliau kembali ke Parlimen, tetapi pemimpin itu tetap tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Ia belum dimuktamadkan, jadi tidak sepatutnya saya memberi sebarang petunjuk.

"Terdapat ahli-ahli parlimen yang sedia untuk memberikan laluan, tetapi ia bergantung sama ada saya boleh selesa dengan kawasan itu, sama ada pengundi-pengundi di sana akan merasa selesa dengan Anwar, dan kemudian teman-teman saya di Pakatan Harapan.

"Tetapi untuk berlaku adil, saya fikir jika saya menyatakan di mana saya akan bertanding, saya fikir kebanyakan teman-teman saya akan membenarkannya, jadi itu tidak menjadi masalah sama sekali.

"Mungkin juga Pekan, sekiranya ia dikosongkan," katanya secara berseloroh sambil merujuk kepada kerusi parlimen yang disandang bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anwar bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PKR Pulau Pinang pada Ahad di sini.

Anwar Ibrahim

Artikel Lain