suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-kanak OKU panjat meja tepi tingkap maut terjatuh dari tingkat 12

Pemandangan luar Flat Puncak Terubong. - Facebook

GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) maut selepas terjatuh dari tingkat 12 rumahnya di Flat Puncak Terubong, Jalan Bukit Kukus, di Paya Terubong, di sini pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut V. Saravanan berkata mangsa Lim Yi Xuan, 8, yang juga mempunyai masalah pembelajaran dan hiperaktif ,ditemukan terbaring di belakang blok rumah berkenaan.

"Menurut warisnya, kanak-kanak itu telah memanjat meja yang berada di tepi tingkap yang terbuka sebelum mangsa terjatuh dan pemeriksaan awal oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa sudah meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - Bernama


oku

Artikel Lain