suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ancaman bom palsu di Media Prima, dua lelaki ditahan

PETALING JAYA: Dua lelaki ditahan berhubung ancaman bom palsu di pejabat Media Prima di Bandar Utama pada malam Selasa.

Dua lelaki itu ditahan di Temerloh, Pahang kira-kira pukul 8.20 malam Rabu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi The Star.

"Mereka akan direman pagi ini," katanya.

Polis menerima laporan kejadian pada pukul 10.12 malam Selasa bergegas ke lokasi sebelum mengarahkan semua kakitangan Media Prima mengosongkan bangunan.

Panggilan berkenaan diterima daripada seorang lelaki yang mendakwa ada bom di dalam bangunan berkenaan.

Menerusi penstriman video secara langsung di Facebook yang di muat naik di halaman rasmi Facebook bagi 8TV News kira-kira pukul 11 malam Selasa, polis dilihat berada di bangunan tersebut di Bandar Utama.

Kelihatan kakitangan termasuk pengamal media berada di luar bangunan, di sepanjang Persiaran Bandar Utama.

ancaman bom, Media Prima

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain