suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terima ancaman bom, kakitangan Media Prima kosongkan bangunan

PETALING JAYA: Kakitangan Media Prima terpaksa mengosongkan bangunan pejabat itu pada lewat malam Selasa berikutan menerima laporan ancaman bom.

Menerusi penstriman video secara langsung di Faecbook yang di muat naik di halaman rasmi Facebook bagi 8TV News pada kira-kira pukul 11 malam, polis dilihat berada di bangunan tersebut di Bandar Utama.

Kelihatan kakitangan termasuk pengamal media berada di luar bangunan, di sepanjang Persiaran Bandar Utama.

"Kakitangan dinasihatkan untuk tidak masuk ke dalam bangunan.

"Tiada seorang pun di dalam bangunan kerana polis telah memindahkan mereka," kata seorang wanita di dalam video, bercakap dalam bahasa Mandarin.

Unit Pengesan Anjing (K9) turut berada di lokasi bagi melakukan pemeriksaan.

Belum ada kenyataan rasmi polis berhubung insiden setakat ini.

Media Priman, bom

Artikel Lain