RoS sahkan terima, lulus permohonan Rafizi - Semasa | mStar

RoS sahkan terima, lulus permohonan Rafizi

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Malaysia pada Isnin mengesahkan bekas anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli telah memohon pada 9 Julai pengecualian agar tidak hilang kelayakan bagi memegang jawatan dalam pertubuhan berdaftar di Malaysia.

Pendaftar Pertubuhan Masyati Abang Ibrahim dalam satu kenyataan berkata permohonan Rafizi itu diluluskan pada 20 Julai lepas.

"RoS mengesahkan bahawa kelulusan pengecualian hilang kelayakan yang terpakai kepada pemegang jawatan, penasihat dan pekerja pertubuhan berdaftar bagi Rafizi adalah berdasarkan Seksyen 9A(4) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335)," kata Masyati dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Rafizi membuat permohonan demikian berikutan hasratnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan parti.

Beliau bakal menentang penyandang jawatan berkenaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Masyati menegaskan bahawa tiada sebarang layanan istimewa diberikan kepada mana-mana individu dalam memohon pengecualian hilang kelayakan dalam memegang jawatan dalam mana-mana pertubuhan berdaftar di Malaysia.

“Sebaliknya, setiap pengecualian adalah berdasarkan kepada permohonan yang dikemukakan oleh mana-mana individu dan diproses mengikut prosedur tetap operasi mengikut Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335],” katanya.

Masyati berkata namun adalah tertakluk kepada keputusan pertubuhan (parti) untuk membenarkan mana-mana orang yang menerima kelulusan pengecualian untuk bertanding dalam pemilihan pertubuhan (parti) berkenaan selaras dengan fasal yang ditetapkan dalam perlembagaan dan peraturan (parti) berkenaan.

Menurut beliau, RoS telah meluluskan sebanyak enam permohonan pengecualian hilang kelayakan memegang jawatan dalam mana-mana pertubuhan berdaftar di Malaysia kepada beberapa individu yang telah memohon pengecualian tersebut setakat 31 Julai lepas.

Seramai 800,000 anggota PKR akan mengundi pada pemilihan parti itu yang dijadualkan berlangsung dari 14 September hingga 13 Oktober depan.

Terdahulu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata parti tidak mempunyai sebarang masalah untuk Rafizi bertanding dan ia terpulang kepada RoS untuk tentukan PKR dibatal pendaftaran atau tidak.

Dr Wan Azizah mengulas laporan muka depan akhbar The Sun pada Isnin yang mendakwa PKR berdepan risiko dibatalkan pendaftarannya oleh RoS kerana membenarkan Rafizi bertanding.

Ini kerana undang-undang parti berkenaan tidak membenarkan mana-mana orang yang didapati bersalah oleh mahkamah bertanding pada pemilihan parti.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Rashid Din berkata jawatankuasa pemilihan itu akan membuat keputusan mengikut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Parti (PKR).

Beliau berkata jawatankuasa juga sentiasa memastikan rekod bersih setiap anggota yang ingin bertanding merebut sebarang jawatan di dalam parti.

"Berkenaan isu Rafizi ini pun sama juga. Jawatankuasa berpegang kepada prinsip selagi mana seseorang ahli itu tidak melanggar sebarang peraturan yang tertakluk mengikut Perlembagaan Parti maka tidak ada masalah untuk beliau bertanding.

"Mana-mana calon yang bukan seorang penjenayah, (tidak) diisytihar bankrap atau sedang berdepan tindakan disiplin oleh parti maka dia boleh bertanding, tiada masalah...," katanya. - BERNAMA

Rafizi Ramli , RoS

Artikel Sebelum

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain