suria

Hukuman sebat pasangan lesbian di Terengganu tangguh

KUALA TERENGGANU: Hukuman denda dan sebat ke atas dua wanita yang mengaku bersalah atas kesalahan melakukan hubungan sejenis dekat sini ditangguhkan sehingga 3 September ini.

Pendaftar Mahkamah Nurulhuda Abd Rahman berkata hukuman tersebut perlu ditangguhkan kerana sebab-sebab teknikal.

"Beberapa agensi akan terlibat dalam hukuman itu dan ada beberapa masalah teknikal yang masih belum dapat diselesaikan.

"Oleh itu, adalah lebih baik menangguhkan hukuman itu ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Dua wanita itu masing-masing berusia 22 dan 32 tahun sepatutnya dihukum enam sebatan pada Selasa.

Mereka telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu hukuman dilaksanakan.

Hukuman sebat itu dijangka dilakukan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

Selain hukuman sebat, mereka turut berdepan hukuman penjara empat bulan jika gagal menjelaskan denda RM3,300 yang ditetapkan.

sebat, lesbian

Artikel Lain