suria

Selesai wukuf ketika cuaca tidak menentu, jemaah haji rai Aidiladha hari ini

MAKKAH: Cuaca tidak menentu bukan penghalang bagi umat Islam di Arab Saudi menyambut Aidiladha pada Selasa setelah jemaah haji selesai berwukuf di Padang Arafah.

Solat sunat Aidiladha di Masjidil Haram bermula pada jam 6.30 pagi waktu tempatan diikuti khutbah hari raya kira-kira setengah jam.

Jutaan jemaah haji membanjiri Masjidil Haram, terutama setelah solat Hari Raya Aidiladha bagi menyempurnakan rukun haji iaitu tawaf, saie dan tahlul.

Jemaah haji kemudiannya berangkat ke Mina untuk menyempurnakan wajib haji iaitu melontar di Kompleks Jamrah.

Antaranya, jemaah Zahafiz Travel & Tours yang  bergerak ke Mina selepas solat Asar pada Selasa untuk menyelesaikan lontaran pertama iaitu di jamrah Aqabah.

Sebahagian jemaah memilih untuk bermalam di khemah di Mina dan akan menyempurnakan rukun haji sekembali ke Makkah pada 13 Zulhijah.

Setakat ini, perubahan cuaca tidak menghalang jemaah haji untuk melaksanakan beribadat.

Sebelum wukuf keadaan ribut pasir dan hujan lebat di Arafah pada Ahad petang mulanya menimbulkan kebimbangan tetapi sepanjang tempoh wukuf cuaca baik dengan kepanasan 46 darjah Celsius.

Artikel Sebelum

Artikel Lain