Sempat 'iklan diri' jadi pengasuh bayi lain sebelum ditahan - Semasa | mStar

Sempat 'iklan diri' jadi pengasuh bayi lain sebelum ditahan

PETALING JAYA: Pengasuh suspek utama kes kematian bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi dipercayai sempat mengiklankan dirinya dalam sebuah grup pengasuh di Facebook beberapa jam sebelum ditahan.

Suspek yang menggunakan nama akaun Facebook, Qayla Adriana Aoki dikatakan telah menawarkan khidmat menjadi pengasuh sebagai tindak balas kepada posting iklan seorang wanita, Norhaslinda Md Nor yang sedang mencari seorang pengasuh anaknya.

Suspek berusia 33 tahun itu turut meninggalkan nombor telefon bimbitnya di ruangan komen posting berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi hilang ditemui dalam peti ais pengasuh

Norhaslinda yang mendakwa nyaris menghubungi wanita itu selepas dia meninggalkan nombor telefon ketika dihubungi mStar Online berkata dia membuat posting iklan mencari pengasuh untuk anak keduanya kira-kira pukul 11.30 pagi Selasa.

Norhaslinda atau mesra disapa Linda berkata dia tidak menyangka pengasuh terbabit, yang menjadi suspek kes kematian Adam Rayqal turut meninggalkan mesej di ruang komen posting tersebut sekitar pukul 3 petang Selasa.

"Ya saya up posting pukul 11.30 pagi (Selasa) ingat nak survey awal (pengasuh) untuk saya hantar anak sekitar Oktober nanti selepas bersalin anak kedua.

"Lagipun saya rancang nak bekerja semula nanti. Tapi tak sangka dia ada komen dalam tu," kata wanita berusia 25 tahun itu.

Linda turut memanjatkan rasa syukur kerana Allah menjauhkan dirinya daripada berkemungkinan menjadi mangsa kezaliman pengasuh tersebut.

"Alhamdulillah Allah jauhkan dari manusia kejam seperti itu. Saya belum hubungi pengasuh tersebut kerana agak sibuk semalam," katanya.

Susulan berita kematian bayi berusia lima tahun itu, Linda berkata dia kini serik dan takut untuk menghantar anaknya dijaga pengasuh.

"Fobia sangat sebab anak pertama pernah 'kena' dengan pengasuh lama sebelum ini. Sebab itu saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan jaga anak sendiri sekarang," katanya.

Pada malam Selasa, netizen digemparkan dengan berita Adam Rayqal yang dilaporkan hilang selepas didakwa diambil seorang lelaki menyamar sebagai bapanya, ditemui mati di rumah pengasuhnya di Gombak.

Mayat Adam Rayqal ditemui di bahagian atas peti sejuk dua pintu di rumah pengasuhnya, kira-kira pukul 11 malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat bayi berkenaan yang dibalut dengan kain lampin dan disumbat di dalam beg berwarna hijau ditemui disorokkan dalam bahagian sejuk beku.

Mangsa ditemui anggota polis yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan selepas siasatan polis mendapati keterangan pengasuh terbabit meragukan.

Pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun sudah ditahan polis bagi membantu siasatan.

pengasuh , Adam Raqyal

Artikel Sebelum

Anwar keluar hospital

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain