Senario Najib semalaman dalam lokap SPRM - Semasa | mStar

Senario Najib semalaman dalam lokap SPRM

PETALING JAYA: Satu lagi sejarah negara tercatat apabila buat pertama kalinya bekas perdana menteri ditahan dan bakal dituduh di mahkamah.

Seperti yang disahkan Pasukan Petugas Khas 1MDB, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

Sehubungan itu, mungkin ramai pihak tertanya-tanya mengenai prosedur yang bakal dilalui bekas presiden Umno itu apabila beliau perlu bermalam di lokap SPRM sebelum berhadapan beberapa pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur pada awal pagi Rabu.

Bagi memberi gambaran mengenainya, mStar Online menghubungi bekas Pengarah Risikan dan Siasatan SPRM, Datuk Abdul Razak Idris.

"Jika Najib ditahan di lokap, beliau akan ditempatkan di sebuah bilik dan memakai baju lokap adalah prosedur biasa yang perlu dilaluinya.

"Lokap bukan seperti penjara. Lokap sekarang sangat selesa, bersih bukan macam lokap dulu-dulu. Pegawai lokap SPRM juga perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

"Tiada layanan istimewa akan diberikan kepadanya walaupun beliau merupakan bekas perdana menteri," katanya ketika dihubungi mStar Online petang Selasa.

Pada bulan lalu, Najib dua kali dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah berkaitan SRC dan 1MDB yang sedang dijalankan suruhanjaya itu.

Najib Razak , SPRM , 1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Jho Low

10 perkara tentang Jho Low

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain