suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada insiden buli di sekolah seperti dalam video tular

IPOH: Tiada sebarang insiden buli berlaku di sebuah sekolah menengah di sini sebagaimana video yang tular.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata semakan awal pihaknya mendapati insiden yang tular itu berlaku di St. Xavier's Institution, Pulau Pinang.

"Ia video lama dikatakan berlaku di St. Xavier's Institution. Tiada kes sebegini di Ipoh," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Klip video berdurasi 25 saat itu didakwa berlaku di Sekolah Menengah Buntong di sini dan ia menunjukkan seorang pelajar lelaki dibelasah serta diterajang dua individu.


buli

Artikel Lain