suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengerusi Petronas tamat tempoh kontrak

Sidek Hassan.

KUALA LUMPUR: Syarikat minyak dan gas, Petronas pada Isnin mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Sidek Hassan, sudah menyempurnakan jawatannya pada 30 Jun, berikutan pelaksanaan lanjutan kontrak tiga tahunnya bermula 1 Julai 2015.

Dalam satu kenyataan, Petronas berkata, Sidek dilantik sebagai Pengerusi pada 1 Julai 2012.

Sebelum dilantik ke jawatan itu, beliau berkhidmat selama 38 tahun dalam perkhidmatan awam dan bersara sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-12.

“Petronas ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Sidek Hassan atas sumbangan dan komitmennya dalam memberikan panduan dan penyeliaan kepada lembaga pengarah Petronas sejak enam tahun lepas.

“Kami mengucapkan yang terbaik untuk masa hadapannya,” tambah kenyataan itu. - BERNAMA

Petronas, Tan Sri Sidek Hassan

Artikel Berikut

Artikel Lain