suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zahid beri keterangan di SPRM esok

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan beliau diminta hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Isnin.

Menurut Ahmad Zahid, kehadirannya ke SPRM itu untuk membuat penjelasan berhubung isu yang dikaitkan dengan yayasan milik keluarganya dan beberapa isu lain yang berbangkit.

“Saya ingin menyatakan saya telah diminta untuk membuat penjelasan terhadap beberapa isu.

“Pertamanya sebagaimana yang telah tersiar dalam  beberapa media cetak dan elektronik bahawa keterangan yang saya akan berikan adalah mengenai sebuah yayasan yang dipunyai oleh keluarga sendiri yang tujuannya adalah untuk melakukan kerja-kerja amal jariah seperti pembinaan masjid , maahad tahfiz sekolah anak-anak yatim dan membuat beberapa aktiviti kebajikan yang lain,” katanya dalam sidang media di PWTC, Ahad.-SinarHarian
SPRM, Zahid

Artikel Berikut

KJ tolak tawaran Zahid

Artikel Lain