suria

AirAsia batal penerbangan laluan Bali ekoran letusan Gunung Agung

KUALA LUMPUR: AirAsia telah membatalkan kebanyakan penerbangan ke dan dari Bali pada Jumaat berikutan penutupan lapangan terbang di pulau peranginan Indonesia itu susulan letusan gunung berapi Gunung Agung yang melepaskan abu lebih dua kilometer ke udara.

Syarikat penerbangan tambang murah itu dalam kenyataan berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai ditutup hari ni dari 3 pagi hingga 7 malam (sama waktu seperti di Malaysia).

Bagaimanapun, syarikat itu berkata beberapa penerbangan kekal seperti yang dijadualkan sehingga diberitahu kelak.

AirAsia menggalakkan penumpang untuk mengemas kini maklumat perhubungan mereka di airasia.com kerana status penerbangan mereka akan dimaklumkan menerusi e-mel dan SMS.

Penerbangan yang dibatalkan termasuk antara Kuala Lumpur dan Bali, antara Bangkok dan Bali, antara Singapura dan Bali, antara Perth dan Bali, antara Jakarta dan Bali, antara Bandung dan Bali, antara Yogyakarta dan Bali serta antara Solo dan Bali, katanya. - Bernama


AirAsia, Bali

Artikel Lain