"Mereka tak mahu dengar dari 'top to bottom'..." - Ku Li - Semasa | mStar

"Mereka tak mahu dengar dari 'top to bottom'..." - Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah.

IPOH: Umno perlu bersikap terbuka dan lebih demokratik serta memperbaiki segala kelemahan mengikut kehendak anggotanya serta pengundi, kata calon Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata, setiap pandangan yang dilontarkan oleh peringkat akar umbi perlu diteliti oleh pemimpin di setiap peringkat agar ia boleh menjadi asas penggubalan dasar dan sebagainya demi perjuangan parti.

"Mereka (anggota, pengundi) tidak mahu mendengar dari 'top to bottom' lagi sebaliknya mahu dari 'bottom to top'. 

"Saya sudah ke Sabah, Johor, Melaka, Pahang, Perlis, Pulau Pinang dan Kedah. Ramai yang membayangkan hasrat supaya kita (Umno) lebih terbuka, transparen dan mahu kepada 'proper governance' yang lebih bertanggungjawab, bukan kita tak lakukannya sebelum ini tapi itulah yang dikehendaki oleh akar umbi kita," katanya.

Beliau atau lebih mesra dipanggil Ku Li, bercakap kepada pemberita selepas sesi ramah mesra 'Bersama  calon Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah' di Hotel Impiana di sini, Rabu yang turut dihadiri Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Dalam pada itu, Ku Li yang juga anggota Parlimen Gua Musang berkata, tujuan perjuangan Umno tidak perlu disentuh kerana ia masih kekal sepertimana ditubuhkan pada tahun 1946.

Katanya, kredibiliti dan integriti Umno yang perlu diperbaiki agar tidak dipersoalkan oleh rakyat.

Mengulas mengenai tindakan dua anggota parlimen di Perak umum keluar Umno dan Barisan Nasional (BN), Ku Li berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan berjumpa dengan mereka memandangkan tindakan mereka mengkhianati mandat yang diberikan.

Pada Selasa, anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal umum keluar Umno dan BN manakala anggota Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali turut mengambil tindakan yang sama pada Ahad lalu. - Bernama

Ku Li , Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.