suria

Syarat ambil tukang masak tempatan hanya cadangan

KUALA LUMPUR: Syarat yang dikenakan ke atas pengusaha restoran untuk mengambil hanya tukang masak tempatan hanyalah cadangan, kata Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran.

Bercakap kepada The Star pada Sabtu, beliau berkata pihak kementerian akan bertimbang rasa kepada pengusaha makanan dalam pengambilan tukang masak tempatan.

"Kami akan berhubung dengan beberapa pihak sebelum proses akhir ditentukan," kata beliau.

Pada Jumaat, Kulasegaran berkata, semua restoran yang menyediakan makanan Malaysia perlu mengambil tukang masak tempatan sahaja bermula 1 Januari.

Ia mencetuskan kritikan terhadap Kulasegaran di laman sosial.

Beberapa persatuan pengusaha makanan juga meluahkan rasa terkejut di atas pengumuman itu.

Beliau turut menjelaskan bahawa syarat tersebut hanya terpakai kepada cawangan 'makanan tempatan' dan bukannya restoran luar negara dan hotel lima bintang yang memerlukan tukang masak khas.

"Kami bertimbang rasa," katanya sambil menambah bahawa Kuala Lumpur sudah mempunyai undang-undang sedia ada yang menetapkan penjaja hendaklah berstatus warganegara.

Artikel Lain