suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khairuddin penipu - Ahmad Zahid

PETALING JAYA: Calon Persiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai penipu.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata demikian bagi mengulas dakwaan Khairuddin bahawa beliau merayu kepadanya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri.

"Wabilillahi... watallahi. Saya tidak pernah merangkak dan bukan saya yang meminta untuk berjumpa Dr Mahathir.

"Saya berkata benar kepada ahli Umno.

"Datuk Khairuddin yang menuduh saya penipu itulah yang sebenarnya menghubungi dan mengaturkan perjumpaan dengan Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Ahmad Zahid turut meminta agar orang luar tidak perlu mencampuri dan membuat pelbagai andaian mengenai apa yang beliau sampaikan demi untuk kepentingan dan kebaikan Umno.

Malah Ahmad Zahid memberitahu Utusan Online bahawa sebelum bertemu Dr. Mahathir, beliau meminta kepada Khairuddin untuk membuat solat Istikharah dahulu.

"Khairuddin datang bejumpa dengan saya untuk bertemu Dr Mahathir. Tetapi saya meminta untuk solat Istikharah dahulu.

"Apabila dapat petunjuk yang mengatakan saya wajar pergi, baharulah saya hubungi dia (Khairuddin) semula bagi memberitahu keputusan untuk berjumpa dengan Dr. Mahathir," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain