suria

Itu hanya cadangan Ku Li - Zahid

Ahmad Zahid Hamidi.

TEMERLOH: Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak memberikan sebarang keputusan muktamad berikutan cadangan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk berdebat dan mengisytiharkan harta masing-masing.

Beliau yang juga bertanding untuk jawatan Presiden Umno untuk pemilihan kali ini sebaliknya hanya menyatakan itu adalah sekadar cadangan Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan Ku Li semata-mata.

Zahid, Ku Li, Khairy Jamaluddin (KJ) dan empat calon lain mengumumkan bertanding untuk jawatan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media selepas majlis perjumpaan khas dan jamuan Aidilfitri bersama barisan kepimpinan dan sayap parti serta ahli Umno Pahang di Dewan Tun Abdul Razak, Temerloh pada Rabu.

Dalam temubual sempena program khas, 100 Hari bersama Malaysia Baharu di saluran Astro Awani pada Selasa malam, Ku Li menyatakan kesediaan untuk berdebat bersama Zahid dan KJ selain mengisytiharkan harta dimiliki sebelum pemilihan parti pada 30 Jun ini. - Sinar Harian

Ku Li, Ahmad Zahid Hamidi

Artikel Lain