suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gaji MB, Exco Kedah juga dipotong 10 peratus

Mukhriz Tun Mahathir. Foto Bernama

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah bawah Pakatan Harapan (PH) memutuskan gaji asas Menteri Besar dan kesemua 10 anggota Exco akan dipotong 10 peratus, berkuat kuasa bulan ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, keputusan berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Exco yang diadakan di Wisma Darulaman di sini, Rabu.

"Ia sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan dan prihatin terhadap masalah kewangan negeri.

"Sesungguhnya, pimpinan kerajaan negeri bersama-sama dengan rakyat yang ketika ini menanggung pelbagai bebanan dan tanggungan kewangan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu malam.

Mukhriz berkata, keputusan sebulat suara itu juga selari dengan ketetapan dibuat kerajaan Persekutuan seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa gaji asas Jemaah Menteri  dipotong 10 peratus, berkuat kuasa serta merta. - Bernama

Mukhriz Tun Mahathir

Artikel Lain