Ku Li calon Presiden Umno - Semasa | mStar

Ku Li calon Presiden Umno

MAK CHILI: Umno Cawangan Mak Chili mencadangkan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai Presiden Umno untuk penggal 2018 hingga 2021.

Ketua Cawangannya, Maidin Hassan berkata, pemilihan Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu untuk mengemudi parti adalah usul sebulat suara yang dipersetujui ahli akar umbi di cawangannya.

Katanya, usul itu dikemukakan sebagai cara memulihkan semula Umno selepas kekalahan teruk BN dalam PRU14 lalu.

"Umno adalah tulang belakang BN jadi dengan kekalahan teruk itu, Umno mesti dipulihkan semula.

"Tiada lagi tokoh yang dapat menerajui Umno dan BN melainkan Ku Li. Dengan karisma dan ketokohan yang dimiliki beliau, kami yakin Ku Li mampu mengembalikan kekuatan serta maruah Umno dan BN," katanya selepas Mesyuarat Agung Umno Cawangan Mak Chili, di sini, Ahad.

Persidangan itu diadakan di Bangunan Umno Cawangan Mak Chili dan dihadiri seramai 63 ahli.

Pada PRU14, 9 Mei lalu, BN yang memerintah negara sejak 61 tahun lalu hilang tampuk kuasa apabila tumbang kepada Pakatan Harapan selain Terengganu pula dirampas Pas.-SinarHarian


Ku Li , Umno

Artikel Sebelum

Tanah Suci kian padat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain