suria

Azlan Man angkat sumpah MB Perlis

ARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bintong Datuk Seri Azlan Man mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis untuk penggal kedua.

Azlan Man, 60, mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau kira-kira pukul 11.15 pagi Khamis.

Negeri itu tidak mempunyai menteri besar selama dua minggu sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas Barisan Nasional (BN) Perlis mencadangkan kepada istana nama Datuk Ismail Kassim sebagai menteri besar baharu pada 12 Mei lalu.

Ismail yang juga Adun Tambun Tulang adalah adik kepada Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

BN menang 10 daripada 15 kerusi DUN pada PRU14, 9 Mei lalu.

Azlan berkelulusan Sarjana Ekonomi Antarabangsa dari Universiti Denver.

Beliau memulakan tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan pernah menjadi Kaunselor Misi Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Amerika Syarikat (AS) pada 1999.

Pada 2011, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Biro Pengaduan Awan.

Azlan meninggalkan perkhidmatan awam pada 2013 dan kembali ke negeri kelahirannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Azlan Man

Artikel Sebelum

Artikel Lain