Aminuddin nafi kakitangan Tabika Kemas, Perpaduan diberhentikan - Semasa | mStar

Aminuddin nafi kakitangan Tabika Kemas, Perpaduan diberhentikan

Aminuddin (kiri) pada sidang media di Wisma Negeri hari ini. - fotoBERNAMA

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun menafikan dakwaan kononnya kakitangan Tabika Perpaduan dan Tabika Kemas diberhentikan kerja oleh kerajaan negeri baharu.

Sebaliknya, beliau menasihatkan kakitangan di kedua-dua tabika terbabit supaya terus melaksanakan tugas seperti biasa.

"Kami dari pihak kerajaan negeri tidak mengambil sebarang tindakan untuk memberhentikan mana-mana kakitangan. Mereka tetap boleh meneruskan kerja sebagai kakitangan kerajaan dan sesi persekolahan tetap akan diteruskan seperti biasa," katanya dalam sidang media di sini, Ahad.

Aminuddin juga turut mengarahkan mana-mana individu yang mengambil harta milik kerajaan negeri di balai raya, pusat khidmat dewan undangan negeri (DUN) dan dewan orang ramai dipulangkan kembali atau berdepan tindakan.

“Antara barangan yang telah diambil dari tempat tersebut adalah seperti kipas, meja, kerusi dan penghawa dingin. Saya dengan ini berharap agar kesemua barang tersebut dapat dipulangkan semula dalam keadaan sedia kala kerana ia milik kerajaan negeri dan sekiranya tidak berbuat demikian hingga esok tindakan undang-undang akan diambil.

"Kami tidak menyalahkan mana-mana pihak, cuma diharapkan pemulangan barangan tersebut dapat dilakukan untuk kemudahan masyarakat, " katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Kon Yeow Ganti Guan Eng

Artikel Berikut

Syed Saddiq tak setuju!

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain