suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Napsiah Omar meninggal dunia

PETALING JAYA: Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Napsiah Omar meninggal dunia petang Isnin.

Pengerusi Tetap Wanita Umno ini meninggal dunia pada pukul 6.10 petang akibat penyakit barah hati di rumah anak lelakinya di Ampang Jaya.

Allahyarhamah yang dilahirkan pada 21 April 1943 menghembus nafas terakhir pada usia 74 tahun.

Jenazah bekas ahli Parlimen Kuala Pilah ini akan dibawa pulang ke Kampung Jawa, Kuala Pilah dan ditempatkan di Surau Tunku Muhriz.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ini akan dikebumikan Tanah Perkuburan Jalan Melang, Kuala Pilah sebelum solat Zohor  pada Selasa.

Allahyarhamah meninggalkan empat orang anak iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan.


Napsiah Omar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain