suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aduhai tersepit pada mesin urut

Warga emas yang sedang berurut panik selepas tidak mampu bangun akibat tersepit pada kerusi urut di rumahnya. Foto Sinar Online

KUANG: "Mak cik ingat belum ada elektrik," itu jawapan seorang warga emas yang tersepit pada mesin urut di rumahnya di Kampung Setia di sini, Khamis.

Wanita berusia 70-an itu panik selepas tersepit pada mesin urut yang tidak berfungsi akibat bekalan elektrik di rumahnya terputus.

Selepas menunggu hampir satu jam, dia  menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) untuk mendapatkan bantuan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang, Yazli Yahya, dalam kejadian jam 3.26 petang itu, anggota bertugas hanya menggunakan alat kawalan jauh untuk membantu mengeluarkan mangsa.

"Wanita berkenaan tidak menyedari bekalan elektrik telah pulih kerana duduk dalam bilik gelap.

"Bagaimanapun, wanita berkenaan dilaporkan stabil dan tidak mengalami kecederaan," katanya. - Sinar Harian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain