suria

Keluarga Terkejut Muhd Alfie Ditahan

KUCHING: Rakyat Malaysia yang ditakan di Pakistan, Al Muhd Alfie Kqhyriel boleh dikenakan penjara 20 tahun.

Muhd Alfie sebelum ini dilihat sebagai seorang pelajar biasa ditahan di Karachi selepas dituduh cuba menyeludup senjata api.

Bapanya merupakan bekas ahli perniagaan yang tinggal di sebuah kediaman yang agak besar.

Bagaimana pun, perniagaan keluarganya merosot dan membawa perceraian kepada kedua-dua ibu bapa Muhd Alfie.

Salah seorang jirannya yang enggan dikenali memberitahu bahawa Muhd Alfie juga tidak pernah ke luar negara, dan paling jauh hanya ke Kuala Lumpur.

"Saya sangat terkejut dengan penangkapannya. Dia dilihat sebagai seorang yang baik dan selalu menegur kami," jelasnya kepada The Star pada Ahad.


Tambahnya, Muhd Alfie juga tidak terlibat dengan sebarang kumpulan keagamaan dan selalu hadir ke sebuah koleh swasta dalam pengajian undang-undang.

Menurut pakcik Muhd Alfie yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam, anak muda itu berhenti belajar undang-undang disebabkan masalah kewangan.

Malah Nizam sendiri terkejut dengan apa yang berlaku.

"Dia pasti digunakan oleh seseorang. Lihat gambarnya ketika dia ditahan. Dia sangat tenang dan seperti tidak bersalah," ujarnya.

Tambah Nizam, kedua-dua ibu bapanya juga terkejut dengan apa yang berlaku.

"Ibunya kelu dan tidak tahu apa yang hendak dicakap," ujar Nizam.

Sumber Malaysia berkata terdapat kemungkinan bahawa Muhd ​​Alfie memasuki Pakistan dengan niat untuk mendapatkan senjata api dan menyeludup ke Malaysia dengan niat tertentu, termasuk keganasan.

Pihak berkuasa negara itu  menemui senjata api dan peluru selepas menjalankan pemeriksaan terhadap lelaki tersebut  yang dikatakan mahu menaiki penerbangan  ke Bangkok, Thailand.

Al Muhd Alfie, Pakistan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain