suria

Pencuci Kereta Rogol Saudara Jauh Ditahan

Gambar hiasan. - Reuters

SIBU: Seorang pencuci kereta ditahan ditahan kerana menyerang dan merogol gadis bawah umur, kata Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zailanni Amit.

Beliau berkata, polis pada mulanya telah menahan lelaki berusia 27 tahun itu atas kesalahan mencederakan remaja 14 tahun yang tidak bersekolah itu, tetapi kemudiannya gadis terbabit mendedahkan bahawa dia telah dirogol oleh suspek beberapa kali sejak Disember 2016.

Zailanni berkata, suspek adalah saudara jauh gadis itu dan mengenali mangsa sejak Januari tahun lepas.

Katanya, kes itu berlaku apabila mangsa memohon rawatan di hospital pada 12 Disember selepas mengalami kecederaan anggota badan yang disyaki dilakukan oleh suspek.

Polis menahan suspek pada 20 Disember dan dia direman selama empat hari sehingga 27 Disember untuk membantu siasatan berhubung kes serangan tersebut.

"Bagaimanapun, gadis itu kemudian memberitahu doktor yang merawat kecederaannya bahawa suspek juga telah merogolnya dari Disember 2016 dan kali terakhir adalah pada 19 Disember," katanya.

pencuci kereta, rogol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain