suria

AGM PPBM 30 Disember Ini

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan mengadakan mesyuarat agung tahunan pertamanya (AGM) pada 30 Disember ini di Shah Alam.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata mesyuarat itu akan dihadiri pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, ahli majlis tertinggi dan perwakilan dari 137 bahagian.

Dalam satu kenyataan, Mukhriz berkata AGM itu akan diadakan selaras dengan keperluan Akta Pertubuhan 1966 dan juga perlembagaan parti.

"AGM ini akan menjadi sejarah. Ia akan diadakan di Pusat Konvensyen Ideal di sini," katanya.

RoS pada bulan lalu memberi amaran bahawa parti itu mungkin dibatalkan penubuhannya kerana telah melanggar perlembagaannya sendiri dan juga Akta Pertubuhan kerana gagal mengadakan AGM selepas setahun ditubuhkan.

Ketua Pengarah RoS Suriyati Ibrahim pada waktu itu berkata, Bersatu perlu menyelesaikan perkara itu secepat mungkin sekiranya ingin mengambil bahagian dalam pilihan raya umum akan datang.

PPBM, AGM

Artikel Berikut

Artikel Lain