suria

Rempuh Kedai Serbaneka Selepas Tertekan Pedal Minyak

Foto Facebook.

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu wanita  cedera ringan selepas tertekan pedal minyak keretanya sehingga merempuh kedai serbaneka sebuah stesen minyak di Jalan Pesona, Taman Pelangi Indah, di sini, awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Shahurinain Jais berkata kejadian berlaku pada jam 1.30 pagi Jumaat dan menyebabkan kerani berumur 19 tahun dan berasal dari Desa Makmur, Kota Tinggi itu mengalami luka kecil di bahagian muka, tangan dan kaki.

"Wanita tersebut pergi ke stesen minyak berkenaan untuk mengisi minyak kereta. Apabila selesai mengisi minyak, dia dipercayai tertekan pedal minyak kereta Proton Saga itu lalu terbabas meluncur masuk ke dalam kedai serbaneka terbabit," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata polis sedang menyiasat kes terbabit mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

rempuh, kedai serbaneka

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain