Pencarum KWSP 55 Tahun Ke Atas Boleh Keluar Sebarang Jumlah Mulai Januari - Semasa | mStar

Pencarum KWSP 55 Tahun Ke Atas Boleh Keluar Sebarang Jumlah Mulai Januari

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menambah baik polisinya apabila membolehkan pencarum berusia antara 55 dan 60 tahun mengeluarkan sebahagian simpanan untuk sebarang jumlah pada bila-bila masa bermula Januari depan.

Jika sebelum ini, KWSP hanya membenarkan pengeluaran minimum RM2,000 sekali setiap 30 hari.

Pencarum yang mahu membuat pengeluaran bulanan juga boleh mengeluakan wang serendah RM100 sebulan berbanding RM250 ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, penambahbaikan itu dibuat berdasarkan maklum balas daripada pencarum.

"Para pencarum KWSP memohon lebih fleksibiliti dari segi pengeluaran. Jadi, kami penuhi permintaan mereka," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Shahril turut mengumumkan pencarum KWSP boleh melantik Amanah Raya Berhad sebagai penama atau pentabir untuk simpanan caruman mereka.

Jelasnya, cara itu bakal memudahkan agihan simpanan kepada waris sekiranya berlaku kematian pencarum.



KWSP

Artikel Sebelum

Apa Salah Pakcik?

Artikel Berikut

Wang Kertas Peringatan Terbesar Di Dunia?

Artikel Berkaitan

Caruman KWSP Kembali 11 Peratus

"Dia Yang Terlalu Sibuk" - Kakak Meghan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain