suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Larangan Bertudung Sektor Perhotelan Perlu Diteliti

KUANTAN: Polisi larangan bertudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan depan sektor perhotelan mungkin perlu diteliti  bagi memastikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Ketua Puteri UMNO itu juga berpandangan isu tersebut tidak sepatutnya timbul memandangkan Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan Islam agama rasmi selain memperuntukkan kebebasan untuk rakyat negara ini mengamalkan agama masing-masing.

“Perkara itu juga tidak adil bagi golongan wanita muda (yang rata-rata bertudung) dan sedang mencari pekerjaan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Puteri UMNO Cawangan-cawangan Negeri Pahang, di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang  mempertahankan tindakan pengusaha hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan.

Langkah itu dikatakan sebahagian daripada polisi antarabangsa dan bukannya diskriminasi.

Baru-baru ini Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia mendedahkan ramai kakitangan hotel mengadu mengenai diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam dengan diarahkan menanggalkan tudung mereka. - Bernama


isu tudung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain